Monday, March 7, 2011

GELORA RINDU FATH


Entah kenapa nama MENCARI CINTA SEBENAR yg aku pilih kali ni. Kat blog ni jgak aku tukar jadi nama MENCARI CINTA SEBENAR. Sebenarnya nama ni dapat ilham dari seseorang yang selalu aku rindui . Kini dia jauhkan diri dariku, entah mengapa tanpa khabar dan berita dari dia. Gelora rindu ini masih sama seperti dulu..sebentuk cincin yg kau berikan pengubat dikala diri Ini merindui senyum dan tawamu, dengan linangan airmata merindui insan yang amat aku sanjungi…Entah mengapa aku diduga dengan dugaan yg amat besar dalam hidup ini…Adakah Aku dipermainkan. Namun aku tabahkan jua dugaan yang aku tlah trima.
Dia juga begitu, seperti aku. Namun ternyata lebih kuat mengharungi apa yg terjadi kepada hidupnya. dia kata jika aku terus hidup dalam kenangan, aku akan merana. . Dia dah lama hidup dalam kenangan, dengan harapan. . tiada apa yg dia dapat melainkan kecewa. . Tak ku sangka ada lagi lelaki yg mcm ni. . Hidup dalam harapan cintanya. Aku taw w/pun dia bg nasihat aku supaya x hidup dgn kenangan dan harapan, tapi sebenarnya dia masih hidup dgn kenangan dan harapannya. . Aku taw sakitnya kau hingga saat ini menanggung rasa dan aku taw kau tak mahu aku hidup seperti dirimu kan. .

Hingga saat ini dia terus ingatkan aku agar aku x terus jatuh, agar aku kembali spt dulu, agar aku senyum dan tertawa sebahagia dulu. . Hakikatnya die masih terus mengenang kenangan2 indahnya saat dulu, terus menanti harapannya akan tercapai satu hari nty. Aku tahu kerana aku jua begitu. Aku jalani hidup ini seperti biasa , hakikatnya aku masih hidup dalam kenangan2 itu. .

Namun Ku redha dengan apa yang akan berlaku suatu hari nanti…Mungkin dirimu telah ada penggantiku, andai kau ada insan yang lebih mulia dariku..ku hanya mampu berdoa agar kau bahagia kerna kabahagian dirimu adalah kebahagian diriku jua…Usah kau cari diriku andai aku tiada lagi di sini…Akan aku utuskan disini jika aku x mampu untuk berada di blog ini lagi…dan x akan wujud tawa dan riangku lagi wat selamanya. Kenangan kita x akan aku lupakan.

Yang Lain biarlah diriku sendiri ketahui liku2 kerinduan yang ku tanggung..usah kau tahu itu…Rindu ku untuk yang merasai kerinduan ku..Andai kau merasainya…ku ucapkan trima kasih.

Cinta86[fath]2011

No comments:

Post a Comment