Thursday, November 25, 2010

Mengapa ini Yang Terjadi Padaku


Hatiku Dilukai

      Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

      Seandainya dapat di ucapkan ingin sekali ku ucapkan padanya betapa hati ini amat mencintainya.. hati ini pernah menyayanginya. Dialah insan pertama yang berjaya menakluki hatiku. Namun takdir Allah tak siapa mampu menghalang, kini segala yang ku harap sudah berakhir... kecewa, hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.. sakitnya amat terasa bila kenangan bersama kembali terlayar di ingatan.. namun ku kuatkan semangat, ku tabahkan hati..
Aku sedar, aku mungkin akan kehilangan dia. Namun jika aku mampu bersabar dengan dugaaan ini,aku yakin Allah SWT masih ada di hatiku..tapi aku masih ingin menangis,ampunkan aku ya Allah kerana tidak mampu menahan air mata ini dari mengalir..

      Mengapa hati ini kau lukai berterusan tanpa mnghiraukan hati dan perasaan diriku di saat aku membuat keputusan untuk berpisah.Selama ini aku bersabar dengan sikapmu kerna aku cinta dan sayang  padamu, kerna ku yakin kau akan berubah, aku ingin bahagia seperti orang lain.
      kini bagiku tiada apa yg harus ku lakukan untuk menahan diri ini untuk terus bersabar dengan sikapmu . Hatiku hancur bila kau menyatakan sendiri dari mulutmu bahawa kau tidak sanggup berubah..betapa hancur harapanku untuk menyelamatkan dirimu dan perhubungan kita, kata2 itu yang kau lemparkan padaku di saat aku kesedihan dengan sikap dan ego mu.

     Aku juga wanita yang lemah bagimu, disebabkan kelemahan diriku kau boleh buat apa yg kau suka. Namun diamku bukan bermakna aku suka dengan apa yg kau lakukan.jika kau ada prinsip hidupmu…aku juga ada prinsip hidupku yg tersendiri, diamku selama ini untuk memberi peluang padamu untuk berubah, kini semuanya dah berakhir sayang.

     Kehidupanmu di kelab malam lebih indah dari kehidupan di rumah, berseronoklah sepuas2 nya sayang dgn wanita yg cantik bila dipancari api kelab malam…betapa indahnya permaisuri di sana yg boleh menghibur hatimu sampai pagi, bernyanyi riang bersama, menari berpeluk pelukkan dan minum sepuas puas hatimu selagi kau bernyawa.
    Kini airmataku sudah kering untuk menangis pada orang yang tidak menghargai pengorbanan dan kasih sayangku, mungkin juga tiada jodoh antara kita untuk bersama, usah kau tangiskan bila saat2 akhir kita berjumpa kelak..kini kau ego namun kau akan kesali atas permergian terakhirku di matamu dan aku sentiasa berdoa agar kau berubah dan jumpa orang yang baik yang boleh menjaga keluargamu kelak dan hormat pada orang tua mu. Ku doakan kau bahagia bersama si dia nanti..moga sama2 dirimu berubah bersama si dia…Kita hidup di dunia hanyalah sementara, nyawa kita adalah di pinjam daripada Allah. Kembalilah kejalan yang benar agar kau menjadi manusia yang berguna.
   Aku serik untuk menerima sapa2 dalam hidupku, cukuplah dgn apa yg telah berlaku.. kalau ada jodoh bagiku mungkin tidak semudah itu aku menerimanya. Aku akan kembali kepada kepangkuan keluargaku dan mulakan kehidupan yang baru. Berat hatiku untuk meninggalkanmu namun aku terpaksa kerna hatiku kau lukai berterusan hingga saat akhir kita. Aku redha dgn perpisahan kita, dan ku yakin kau akan ingat saat2 manis kita bersama, semoga kenangan kita membuat kau sedar , tapi semuanya dah terlambat dan berakhir.

No comments:

Post a Comment